Sunday, March 17, 2013

Perjalanan Hidup Kita


Rumah Baru


rumah baru 

inilah kediaman baru saya dan keluarga.gambar ni saya ambil pada hari kedua, sebelah malam.masih banyak yang belum kemas.sampailah hari ini pun,hari keempat, kemas belum siap pun.penat rupanya pindah rumah ni. sakit badan dibuatnya.


pergerakan kami dari Port Dickson pada hari sabtu,29.10.2011. banyak dugaan untuk dapat rumah ni. asalnya kami nak menyewa, tetapi setelah difahamkan pada bulan februari tahun depan semua anggota tentera yang menyewa di luar akan berpindah ke kuaters, suami dan saya berusaha mencari kuaters yang kosong. rumah pertama tingkat 4, bocor. air menitik-nitik di bumbung.dah tentu tak jadi. rumah kedua pula, masuk je rumah tu,terus je kata "aku tak se dok di rumah ni".bersepah sangat, rumah tu pun rasa macam sempit sangat.pun tak jadi juga rumah tu. 

masa hantar kunci suami saya dimaklumkan semua orang yag masuk ke rumah tu akan hantar semula kunci rumah. suami saya juga ditanya ada nampak apa-apa tak dalam almari.ya Allah,almari tu memang saya buka,tapi saya tak nampak apa2.syukurlah.rupanya almari tu jadi penginapan ia kecil,ia hijau..ia alamak @oyo@.aduss........nasib baik. masa di ruang tamu rumah tu, saya terfikir juga sebab saya main redah je,terfikir kot-kot kalau ada benda-benda halus. rumah tu dah lama kena tinggal.

 rumah ketiga barulah jadi rumah kami.kali pertama melangkah masuk,rasa sejuk,tenang je.cat yang tak tahan tu biru hijau tu.tahulah tak lama lagi nak pilihanraya.........dari pukul 4.30 pagi 27.10.2011 kami dari P.D,hampir jam 6 petang baru dapat rumah,tak sempat buat apa-apa pun,setakat sapu debu-debu je.bukan main lagi siap dengan ajax,mop.dalam pukul 8.30 malam saya dan suami patah balik ke PD semula,sampai PD pukul 2.30 pagi.suami saya terlau penat,maklumlah,dia je yang memandu,saya jadi Datin Rafizah.


 





 




Kemas Barang Untuk Pindah

Ini rumah lama kita di Port Dickson, no 1606 Jalan 31,Taman Politeknik




ni trak yang kedua dah.trak pertama dah isi penuh


kemas barang untuk pindah 




 






No comments:

Post a Comment