Sunday, March 17, 2013

Anak-anak Mek


Salam semua,terutamanya bagi ahli keluarga Cik Jah yang mungkin datang menjenguk blog Cik Jah ni.
Semalam,tergerak di hati Cik Jah untuk mengisahkan cerita mek,anak-anak,cucu-cucu.Semalam sekadar draf sahaja.Hari ni,Cik Jah nak publish,tak siap pun tak pelah.Sambil taip ayat-ayat kat sini,jatuh air mata Cik Jah.Cik Jah jadi sedih bila mengenang semula kisah keluarga kita,terutamanya sewaktu bergelar anak yatim.

Sebelum tu,terima kasih kepada KakGie dan Kak Yah.gambar-gambar ni Zah ambil dari facebook Kak Gie dan Kak Yah.Kalau ada lagi gambar lain,harap-harap Kak Gie boleh masukkan lagi di facebook.Zah akan copy paste terus ke sini.

Di sini Cik Jah nak bercerita tentang perjalanan hidup kita adik beradik.
Ini turutan adik beradik kita

1.Ruzita - kak gie
2.Ruziah - kak yah
3.Rosnani - cik ni
4.Ruhaidah - cik dah
5.Roseniza - cik ja
6.Rahimah - cik mah
7.Rafizah - cik jah
8.Ahmad Suradi -Adi/Ayah Mat
9.Ahmad Amir Amiru - Miyu/Ayah Amir
10.Rizana - mok su na

kami menggunakan gelaran cik semenjak mendapat anak saudara.bermula dari situlah bila bercakap, kami akan guna nama panggilan tu.yang lelaki pula di gelar ayah.sebelum dapat anak saudara kami membahasakan aku,mu saje.tapi dengan kak gie dan kak yah tu tetap kami panggil kak.


Mek, Siti Esah bt.Mat Daud sedang mendukung cik ja. Di depan kiri Kak Gie,kanan Kak Yah 2),mereka kembar. Di tengah,kiri cik ni kanan pula cik dah

Gambar ni diambil untuk masuk ke kelas tadika,maknanya umur 6 tahulah tu..Dalam 10 orang adik beradik, arwah ayah beria-ia hantar saya ke tadika,tak tahulah kenapa.Tadika saya tu di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas.Saya ingat lagi loksinya terletak di belakang surau Ayoh Ka.





dan yang ni pula cik ja

Arwah ayah meninggal pada 18.8.1986.Masa tu saya di tahun satu,Sekolah Rendah Sultan Ibrahim 1,Pasir Mas.Ayah meninggal semasa pada hari pendaftaran Kak Yah di UTM Cawangan Kuala Lumpur.Kak Yah dan Kak Gie  berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang.Kak Gie ke ITM Shah Alam selepas itu.Jenazah ayah dibawa dari Kuala Lumpur dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg.Apam, Pasir Mas.Setelah ayah meninggal, mek, kami adik beradik melalui kehidupan yang bukan mudah.Usia Kak Gie dan Kak Yah pada masa tu 18 tahun,dan adik bongsu pula 18 bulan.

Seingat saya,semasa berusia seawal 8 tahun,saya dah pun tolong mek di sawah. Zaman kanak-kanak saya tidak seperti kanak-kanak lain sebab kami semua sudah ada tanggungjawab/tugas kepada mek,keluarga.Kami tolong mek cari kayu api di hutan.Mesti tersenyum dengar ayat tu.tapi,itulah kami.




Saya tak pasti sama ada gambar ni diambil sebelum atau pun selepas kematian ayah.Padang ni di hadapan rumah saya di Kampung Kubang Panjang,Pasir Mas.Setelah kematian ayah,kami sekeluarga berpindah ke Kampung Berangan,Pasir Mas.Dalam gambar ni, semua adik beradik saya, kecuali di hadapan ganbar,budak perempuan di sebelah kanan tu adalah kawan.Kat sini,bermula bilangan ke empat sampai sepuluh adik beradik saya. Di sebelah kiri,cik dah(dia tidak sesempurna kami).sebelahnya saya.cik ja ,di atas dukungnya adik bongsu,mok su na.Yang berbaju kurung merah tu cik mah.Paling depan di kiri adik lelaki,miyu dan di sebelahnya Adi.

Kak Gie beritahu,susah untuk dia edit gambar ni.Edit untuk tutup perut  miyu je sebenarnya.



ni kak gie dengan anak-anaknya.kanan tu shafiq,anak kedua kak gie.kiri pula nak ke 3 kak gie.ati.



kiri gambar ni anak sulunh kak gie,kami panggil kak long.kanan tu kak za,anaknya atas dukung tu aiman.



ni kak yah


keluarga kak yah


anak tunggal perempuan kak yah,Alia.


No comments:

Post a Comment