Thursday, October 24, 2013

Syukur

Hari ni cukup sebulan abang berkursus di Taiping. dan semasa menaip ni, abang dalam perjalanan pulang ke rumah. Katanya demam, makan ubat panadol tak menjadi. Rasanya dah 2 minggu demam tu. Semoga selamat sampai ke rumah.
Sayang abang, rindu abang.

Sunday, October 20, 2013

Tersentuh

sementara menunggu budak-budak sampai...................ketahui lagi

Friday, July 5, 2013

Aku Demam

Hampir seminggu aku demam, bermula Ahad. 2 hari sakit tekak, 2 hari pening, dan selebihnya selsema. Kawan beritahu 3 hari lepas (Selasa), minggu ni kerja, tapi dah aku demam, aku tak pergi. Lagipun borang cuti dah isi. Cuti daripada 1/7/2013-12/8/2013.  

Kalau pening memandu pun tak larat, sampai tempat kerja atau rumah aku kena tarik nafas dalam-dalam. Macam orang baru lepas berlari tu. Pernah sebelum ni aku hampir berhenti tepi jalan je sebab tak larat rasanya untuk memandu sampai ke rumah. Tapi, kuatkan semangat je. Bukan apa, kalau suami ambik tepi jalan, dah tentunya kereta aku tu nak letak kat manakan. Dan pernah juga aku 3 hari tak balik ke rumah, duduk di kem je sebab janji aku nak tidur atau bangun, siling bilik berpusing-pusing jadinya. Tak berani ambil risiko, aku tidur di kem je. Aku kuatkan semangat tu bukannya apa, fikirkan tugas sebab jurulatih team aku tak cukup untuk kelas. Kalau selsema memang kalah aku dibuatnya, susah untuk bernafas. Kalau bernafas, kena tarik dalam-dalam, nampak macam tercungap-cungap pun ya. Dah masa kerja ada duty,claim duty tulah untuk cuti panjang.

Banyak perancangan sepanjang cuti ni. Nak siapkan langsir (tahun lepas punya, bahagian kepala tak siap,asyik salah je buatnya), baju raya aku, ma, anak-anak, mek, cik dah dan cik mah, baju melayu (suami punya yang tahun lepas jugak, x siap jahit, seluarnya aku tak pandai nak buat)

Dalam tempoh demam ni awal-awalnya aku terbaring je, hari ketiga baru terfikir untuk mengait. Baring, tidur lebih boleh jadi sakit kepala. Itu yang timbul idea nak mengait. 

Esok aku rancang nak tengok pola seluar baju melayu suami aku, tadi dah tengok ada salah sikit. langsir pun ingat nak jahit esok juga.

Friday, March 22, 2013

Aku dan Kerja


Malang Nasibku

Semalam 15/1/2012 lebih kurang jam 2.15 petang  sewaktu membetulkan kertas yang di tampal di kelas, saya terjatuh daripada kerusi. Dan tanpa sempat mengelak, saya terjatuh terus ke lantai. kepala terhantuk ke lantai, gelap juga mata sekejap, sempat mengucap.Nasib baik ada buddy sekelas yang memanggil saya, kalau tak tentu saya pengsan.

Kawan kelas sebelah ingatkan ada barang jatuh sebab kuat bunyinya. maklumlah, sayakan  'kecil' orangnya. Sebelum kelas bermula jam 2.30 petang, kawan-kawan nasihatkan saya segera ke RSAT (rumah sakit anggota tentera-digunapakai dalam PLKN). Saya dengar nasihat mereka dan maklumkan kepada TKJ (timbalan ketua jurulatih) tentang kejadian dan terus ke RSAT. KJ(ketua jurulatih)  pada masa itu sedang ambil baris pelatih untuk ke kelas. 

Jururawat dan MA yang memeriksa saya beritahu benjolan di kepala saya meloma (sebutannya begitu,ejaan tak pasti).Benjol tu ada kesan bintik-bintik darah. Saya agak saiz bengkak selebar donut kecil. Pemeriksaan telinga juga dibuat kerana telinga sebelah kanan saya sakit. Semasa jatuh saya jatuh sebelah kanan badan. Saya diberikan suntikan ubat tahan sakit dan dinasihatkan berehat.Berdenyut-denyut benjol tu semasa saya rehat.

Terharu rasanya sebab kawan-kawan semua menjenguk saya selepas kelas di bilik.Masa tu saya dah bersiap nak balik ke rumah. Dan seorang kawan saya beritahu semasa dia di muka pintu dia boleh nampak benjolan di kepala saya walaupun saya sudah memakai tudung. Itu pun dah kurang bengkak tu.

Malam tadi saya tidur awal sebab nak rehat.Dan hari ini saya  EL  kerana sakit bahagia leher,bahu.pinggang terus ke ari-ari. Dan yang peliknya,bukan sakit di ahagian kanan,tapi di bahagian kiri badan. Tadi ma tolong urutkan. Lega sikit rasanya.

Sejarah tahun baru 2013 iye........

 Bengkel Fasilitator Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti.

Pukul 11 malam tadi baru sampai ke rumah sebab baru habis bengkel di Pulau Langkawi. 



Dalam kereta kabel



Hentian pertama kereta kabel

    



Cantik pemandangan...................







Dan tempat persidangan,penginapan kami pula di Aseania Resort and Spa.Tengok dalam gambar tu.ini adalah sebahagian daripada barisan fasilitator untuk Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti bagi Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini belum masukkan gambar menari tariann tradisional ni.Kalau berkumpul ramai-ramai sesekali,macam-macam gelagatlah boleh tengok. Lepaskan tekanan. Semua fasilitator di sini merangkumi semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.

Tak sempat tengok dekat-dekat, takut  ditinggalkan feri


Perjalanan balik pula naik feri ke Kuala Kedah


Penutup PLKN Kumpulan 2 Siri 8 2011

Saya bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesatria. Pada masa yang sama,saya juga adalah fasilitator bagi Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti (kedua-dua modul ini adalah modul PLKN). Jadi, sekiranya jabatan menganjurkan kursus kepada jurulatih-jurulatih baru,lama,saya akan terlibat menjayakannya.Biasanya kami dalam kalangan fasilitator akan bergilir-gilir berkursus.Jabatan telah menggunakan kaedah menang menang diantara kami.



Penutup PLKN Kumpulan 2 Siri 8 2011




 


fuh.........seksa betul pakai macam ni.bukan tak pernah,tapi dah lama tak pakai.gambar ni saya ambil pada hari penutup latihan PLKN iaitu pd 29.7.2011.inilah suasana persekitaran kerja saya.




ini antara team fasilitator KN.

Sunday, March 17, 2013

Santai


Singgah Sebentar di Telok Kemang

sehari sebelum gambar ni diambil, suami,ma dan anak-anak ke Perak.sebabnya saya sudah mendapat surat untuk berpindah ke kem baru.penat jugak.lepas siap uruskan penerimaan pelatih dari Manjung di Tanjung Malim,terus balik ke kem.tak lama dengan tu,suami sampai.banyak benda yang belum kemas.penuh satu kereta tu.Lebih kurang pukul 3 petang kami bergerak ke Port Dickson.Ada urusan yang belum selesai.Antaranya ambil keputusan UPSR Fatin dan sijil-sijilnya.Lama dah keputusan UPSR tu keluar.

Kami bermalam di marina PD.syukurlah sebab ada lagi bilik untuk kami sekeluarga.kebetulan jiran lama di PD memang ada buat perkhidmatan sewa bilik di situ








Jalan-jalan di Telok Cempedak.


Jalan-jalan di Telok Cempedak.






ramai pengunjung yang datang ke sini untuk mnikmati kehindahan di pantai telok cempedak.tetapi mereka tidak berani untuk bermandi-manda kerana ombak di sini terlalu besar.




angin di sini kuat macam nak terbang je rasanya .kalau tak percaya cubalah datang kat telok cempedak, kuantan,pahang.





farisha tidak sempat untuk meniup belon air yang dicelupnya...





majuga turut datang untuk menikmati kehindahan di pantai telok cempedak rupa-rupanya pantai ini bukanlah indah khabar daripada rupa.






yang belakang tu malulah pulak kalau ambil gambar orang ramai.

 






kepada kanak-kanak di luar sana kalau membeli belon air,tidak perlu tiup,kerana angin di sini terlalu kuat.tak sempat nak tiup.




angin yang kuat menampakkan perut abah yang baru jadi bunciiiiitttttttttttt.


Cameron Highland

Cameron Highland




tiga hari lepas pelatih telah tamat latihan.jadi suami,mak dan anak-anak 'satu rombongan' pergi ke kem,banyak barang perlu bawa balik.lawatan ke Cameron Highland ni kategori plan-plan,tapi tak tahu jadi plak.sudahnya bermalamlah kami di sana.catat sejarah tu,tidor dalam kereta.bilik semua penuh,maklum sajalah hujung minggu.seronok jugak.lain kali kami kena plan betul-betul kalau nak pergi lagi sekali.jom tengok apa yang ada........

 











suami saya ni,nak bergambar pum malu,tak boleh orang ramai-ramai.







lokasi ni adalah cactus point.saya beli pokok bunga ros dan kaktus kecil.ma pula beli pokok lada warna ungu.anak-anak beli keychain,bebudak.


 






 






 






 






 











hari pertama.tak salah hampir 7 malam sampai.masa pergerakan nak ke tanah rata,ada pokok balak besar tumbang menghalang jalan.lama juga tunggu.


 






 






 








hari jadi farisha ke 7 
ulang tahun kelahiran yang ke 7
ada peluang........bergambar berdua

 ada peluang........bergambar berdua

jalan2 cari remis


jalan2 cari remis 








nilah remis.sedap dimasak.

ronda2 di nilai3


ronda2 di nilai3





kali pertama sampai dengan keluarga.bestnye
hari pertandingan bola jaring antara tadika perpaduan port dickson(adik dua daripada kanan) 




hari pertandingan bola jaring antara tadika perpaduan port dickson(adik dua daripada kanan)


gk tadika perpaduan taman politeknik 




gk tadika perpaduan taman politeknik


kakak



tengok adik berlatih



ratu lengkuas


ratu lengkuas