Aku dan Kerja

Tamat Latihan

31/10/2013 lepas adalah hari Perbarisan Tamat Latihan Kumpulan 3 siri 10/2013. jadi,tamatlah latihan selama setahun untuk siri 10 atau dengan perkataan lain tahun ke sepuluh. sedar tak sedar dah 9 tahun aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesatria. 





Sekadar Berkongsi Untuk Renungan

Tiga hari lepas (hari kedua raya haji) saya dan kawan-kawan bersembang sambil-sambil menunggu pelatih melapor masuk kem. Saya kurang pasti apa topik kami awalnya cuma saya terkesan dengan cerita kawan saya,Nurul. Nurul beritahu guru besar sekolah kakaknya marahkan guru-guru kerana kegagalan murid untuk membaca dan yang buat rasa tersentuh bila pengetua tu beritahu yang jurulatih PLKN boleh ajar pelatih-pelatih sampai boleh membaca. (baru teringat, topik awal perbincangan kami adalah kaedah pengajaran di dalam kelas.) Nurul menambah, kakaknya bertanya macam mana jurulatih PLKN buat sampai pelatih-pelatih boleh membaca.

Saya tidak terlibat secara terus untuk membimbing pelatih yang tidak tahu/pandai/mahir membaca sebab jurulatih yang ditugaskan sentiasa ditukar-tukar. Tolong sikit-sikit je. Belum giliran sayalah. Mungkin di alam pekerjaan ni, semua yang seusia dengan saya atau dalam lingkungan tidak tahu masih ada segelintir orang kita yang tercicir dalam pendidikan. Dan pada peringkat awal saya bekerja di Kem PLKN Karisma, Kuala Pilah jurulatih-jurulatih mengambil inisiatif sendiri membuat kelas untuk mengajar pelatih-pelatih membaca. Saya masih ingat seorang pelatih dari Bahau, Anita namanya diakhir latihan selama 3 bulan berjaya dan pandai membaca. Tak salah saya, saya ada hadiahkan kepada dia buku cerita untuk menggalakkan dia membaca.

Bila berpindah ke Kem Ulu Pari, jurulatih-jurulatih tetap sama, kami adakan kelas untuk pelatih-pelatih yang tercicir dalam pendidikan. Saya ingat lagi, buat kelas waktu malam ada pelatih wira datang skodeng kawan dia yang dalam kelas. Malu pula yang dalam kelas tu. Akhirnya, pelatih tu turut membantu kami dan dia menjadi 'guru' kepada kawannya yang di dalam kelas.

Itu antara cerita awal-awal penubuhan PLKN. Alat bantuan mengajar (abm)kami usahakan sendiri masa tu. Berbalik kepada cerita Nurul tadi.........Kelas bagi membantu pelatih membaca ni dinamakan i-smart. Dan sekarang lebih tersusun kerana jurulatih dihantar kursus dan abm juga disediakan olek kerajaan. Tak salah saya i-smart ni dimasukkan secara rasmi dalam tempoh 2-3 tahun ni.

7/10/2013 lepas Sub Modul Malaysia Berdaulat telah diadakan dry run di kem-kem zon F bagi negeri Pahang sahaja. Sub modul ni berkisar kepada insiden di Lahad Datu. Saya ketinggalan dan tidak sempat mengajar kerana ke klinik, sampai semula ke kem dalam pukul 1030 pagi. Tak sempat nak mengajar dah walaupun dah bersedia dengan tajuk terakhir.(dalam kelas kami ada buddy,jadi semua bersedia dengan tajuk yang nak diajar,kami sokong buddy kelas)

Rasanya rata-rata, kalau ditanya pada generasi muda mereka akan kata tidak suka sejarah sedangkan sejarah itulah membawa kepada apa yang kita kecapi sekarang ini. Untuk dry run ini, pelatih-pelatih mengalirkan air mata melihat slaid,video berkenaan insiden. Dan yang paling penting untuk usik emosi pelatih jurulatih mesti pandai membawa jatidiri (being) berkenaan tajuk. Semasa mengajar kami gunakan perbincangan interaktif dengan pelatih-pelatih untuk mendengar apa idea mereka.Dan mungkin sedikit pengorbanan kami untuk negara, majoriti daripada kami beli laptop untuk memastikan setiap kelas boleh ditayangkan slaid,video.

Saya pun agak lama tidak berkursus sebagai fasilitator. Untuk dry run tu hasil daripada perbincangan fasilitaor-fasilitator. Lepas tu bentangkan di depan Ketua Pengarah JLKN, PAT pun ada tak salah saya.Kiranya bentang depan orang-orang besarlah. Untuk Modul Kenegaraan, saya difahamkan manual dalam proses cetakan di UPSI dan insya Allah, nama saya akan turut dicetak dalam manual tu kerana turut sama menyumbangkan idea/pendapat/ bersama-sama pasukan fasilitator-fasilitator lain.

Kursus


Bulan lepas daripada 23-28/5/2013 dah kursus di Alor Gajah, esok 26/6/2013 pun kena kursus juga di tempat yang sama.yang bestnya tiga hari sahaja. Tadi baru beli tiket bas, beli untuk pergi dan balik terus.

Pergerakan Balik Pelatih Pada 21/6/2013

Antara gambar yang sempat saya ambil, saat-saat terakhir pelatih di kem dan dengan kawan-kawan



 



berkumpul di padang P.Ramlee sebelum bergerak ke bas


dapat permintaan bergambar daripada pelatih. poket seluar aku tu............



ini Bob, orang penting aturkan pergerakan bas, peralatan dan makanan dalam kem


peluk kawan, entah bila pula akan jumpa.............



bagi pelatih-pelatih, PLKN hanya sekali. tapi bagi saya selaku jurulatih, berkali-kali. setiap kali pelatih masuk ke kem, perasaan seakan memberontak, tetapi bila di akhir latihan berat hati untuk mereka melangkah meninggalkan kem.

Malam Penutup Latihan Kumpulan 2, Siri 10/2013


Segan dibuatnya nak bersidai depan orang ramai, minta pelatih je ambilkan gambar. Rasa terhibur melihat gelagat pelatih-pelatih bermain yoyo cina. Tak salah saya yang betul-betul pandai sorang saja, tapi bila diajar kepada yang lain-lain bukan hanya pelatih Cina yang pandai, tapi pelatih Melayu dan India pun pandai juga, berkat tunjuk ajar......... Bukan setakat pelatih, jurulatih pun tak ketinggalan belajar sama. Menarik sangat pertunjukan ni.

Pemberian Pelatih

Ini hadiah yang besar ertinya buat aku. Pemberian pelatih delta. Kompeni Terbaik Kumpulan 2, Siri 10/2013 DELTA SAJAAAAA.Benang tu,aku bagi.




walaupun aku pandai mengait, tapi aku tak pernah belajar buat benda ni, aku rasa macam rumit je nak buat benda ni. Mungkin belum sampai masanya untuk aku buat...........

Pertandingan Kawad Kaki dan Kembara Halangan Kumpulan 2,Siri 10/ 2013

Semalam 17 Jun 2013 pertandingan kawad kaki dan kembara hlangan diadakan.itu juga membawa maksud latihan akan tamat dalam tempoh terdekat. 21 Jun nanti akan 'banjirlah' kem. Asalnya bilangan pelatih seramai 279,dan di akhir latihan tinggal 198 sahaja. Ramai yang buat penangguhan dan tamat latihan kerana menyambung persekolahan. Ada ke tingkatan 6 dan ada juga bergelar budak u. 

Untuk kali ni,saya ditugaskan  bersama menjadi jurulatih kompeni delta. kelas pun sama, ajar budak-budak delta.



Lai Ming Quan (Ah Meng) di kiri, saya tabik dia. dia penggerak kompeni delta.


Gambar sebelum pertandingan kawad, berdebar-debar budak-budak ni







Hassan Basri selaku assist squad ( betul ke ejaan tu?)






Gambar akhir ni paling bermakna pada saya. Mat Lalat nama budak di kiri tu. di kanan pula Yus, dalam kelas banyak tanya soalan-soalan yang jurulatih jadi pening. Tempat ni dipanggil wire grating, kena merangkak. Saya nampak si Mat nak buat aksi tu, terus je fokus kamera pada dia, dan memang menjadi, betul-betul masa dia melompat.

Hari Terbuka ATM 6/4/2013 Kuantan















Tayang Baju Baru


Tengok-tengok fb, baru teringat gambar ni. Baju ni saya dan kawan-kawan pakai semasa bekerja, bukan selalu,adalah jadualnya. Kalau pakai baju-baju yang macam ni, budak-budak akan tanya "cikgu nak pergi mana?". macam kelakar bunyinya tu. sebabnya kami selalu guna pakaian JLKN tak kira masa. seronok sesekali kalau pakai sama semuanya.

Permulaan Kumpulan 2,Siri 10/2013


Hari ini 30/3/2012 seramai 63 orang pelatih telah melapor diri di kem PLKN Gambang. Semuanya dari Jerantut. Dan esok dijangka seramai kira-kira 200 orang pelatih akan melapor diri di kem.Saya pula sepanjang tiga hari pendaftaran pelatih di kem ditugaskan di kaunter pendaftaran. Dan hari ketiga nanti,pada 1/4/2013 saya akan bertugas mengambil pelatih di Temerloh. 

Tamatnya PLKN Kumpulan 1 Siri 10/2012

Hari ni 17/3/2013 kerja separuh hari,cuma uruskan pelatih seramai 66 orang balik ke rumah dengan 2 buah bas.Sunyi kem bila budak-budak tiada.Lepas tu siapkan,tolong kawan-kawan siapkan fail-fail untuk ISO.

Malang Nasibku

Semalam 15/1/2012 lebih kurang jam 2.15 petang  sewaktu membetulkan kertas yang di tampal di kelas, saya terjatuh daripada kerusi. Dan tanpa sempat mengelak, saya terjatuh terus ke lantai. kepala terhantuk ke lantai, gelap juga mata sekejap, sempat mengucap.Nasib baik ada buddy sekelas yang memanggil saya, kalau tak tentu saya pengsan.

Kawan kelas sebelah ingatkan ada barang jatuh sebab kuat bunyinya. maklumlah, sayakan  'kecil' orangnya. Sebelum kelas bermula jam 2.30 petang, kawan-kawan nasihatkan saya segera ke RSAT (rumah sakit anggota tentera-digunapakai dalam PLKN). Saya dengar nasihat mereka dan maklumkan kepada TKJ (timbalan ketua jurulatih) tentang kejadian dan terus ke RSAT. KJ(ketua jurulatih)  pada masa itu sedang ambil baris pelatih untuk ke kelas. 

Jururawat dan MA yang memeriksa saya beritahu benjolan di kepala saya meloma (sebutannya begitu,ejaan tak pasti).Benjol tu ada kesan bintik-bintik darah. Saya agak saiz bengkak selebar donut kecil. Pemeriksaan telinga juga dibuat kerana telinga sebelah kanan saya sakit. Semasa jatuh saya jatuh sebelah kanan badan. Saya diberikan suntikan ubat tahan sakit dan dinasihatkan berehat.Berdenyut-denyut benjol tu semasa saya rehat.

Terharu rasanya sebab kawan-kawan semua menjenguk saya selepas kelas di bilik.Masa tu saya dah bersiap nak balik ke rumah. Dan seorang kawan saya beritahu semasa dia di muka pintu dia boleh nampak benjolan di kepala saya walaupun saya sudah memakai tudung. Itu pun dah kurang bengkak tu.

Malam tadi saya tidur awal sebab nak rehat.Dan hari ini saya  EL  kerana sakit bahagia leher,bahu.pinggang terus ke ari-ari. Dan yang peliknya,bukan sakit di ahagian kanan,tapi di bahagian kiri badan. Tadi ma tolong urutkan. Lega sikit rasanya.

Sejarah tahun baru 2013 iye........

 Bengkel Fasilitator Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti.

Pukul 11 malam tadi baru sampai ke rumah sebab baru habis bengkel di Pulau Langkawi. 



Dalam kereta kabel



Hentian pertama kereta kabel

    



Cantik pemandangan...................







Dan tempat persidangan, penginapan kami pula di Aseania Resort and Spa. Tengok dalam gambar tu.ini adalah sebahagian daripada barisan fasilitator untuk Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti bagi Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini belum masukkan gambar menari tariann tradisional ni.Kalau berkumpul ramai-ramai sesekali,macam-macam gelagatlah boleh tengok. Lepaskan tekanan. Semua fasilitator di sini merangkumi semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak.

Tak sempat tengok dekat-dekat, takut  ditinggalkan feri


Perjalanan balik pula naik feri ke Kuala Kedah


Penutup PLKN Kumpulan 2 Siri 8 2011

Saya bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesatria. Pada masa yang sama,saya juga adalah fasilitator bagi Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti (kedua-dua modul ini adalah modul PLKN). Jadi, sekiranya jabatan menganjurkan kursus kepada jurulatih-jurulatih baru,lama,saya akan terlibat menjayakannya.Biasanya kami dalam kalangan fasilitator akan bergilir-gilir berkursus.Jabatan telah menggunakan kaedah menang menang diantara kami.



Penutup PLKN Kumpulan 2 Siri 8 2011




 


fuh.........seksa betul pakai macam ni.bukan tak pernah,tapi dah lama tak pakai.gambar ni saya ambil pada hari penutup latihan PLKN iaitu pd 29.7.2011.inilah suasana persekitaran kerja saya.




ini antara team fasilitator KN.

No comments:

Post a Comment