Saturday, August 1, 2015

Rezaki Yang Tak Disangka-sangka

Pada usia sudah mencecah 36 tahun, 8.6.2015 aku telah disahkan mengandung anak sulung. Balik ke rumah aku menangis sebab Allah memakbulkan permintaan aku,walau pun sudah lama aku tidak berdoa,rasa seperti putus asa. Aku anggap ini hadiah hari jadi yang paling bermakna, walaupun sudah lewat 5 hari daripada tarikh lahir aku.

Tahun ini genap 7 tahun usia perkahwinan aku.Syukur padaMu ya Allah. sehingga ke hari ini,usia kandungan sudah pun 4 bulan 2 minggu 1 hari. Dan tak disangka-sangka juga,aku dapat penyakit baru GDM,mudahnya kencing manis semasa mengandung.Dalam keluarga tak ada pun sejarah penyakit tu.Aku menjangkakan akan dapat penyakit darah tinggi, tapi tak walau pun mek ada penyakit tu. 4 minggu (sebulan) ulang ke RSAT untuk ujian BSP,bacaan gula pagi tetap tinggi,nak juga 6.++.

Bengang rasanya sebab dah puasa malamnya,tapi tak berhasil. Kali kelima,barulah menjadi. Itu pun sebab aku ubah menu,makan roti gardenia wholemeal. Yang sebelum-sebelum tu makan belimbing tanah,peria katak,kurangkan gula. Yang jadi menu tetap plak nasi aku campur beras faiza utk kencing manis dengan beras biasa, dah boleh elak minuman manis di rumah,kalau ke kedai mintak milo kosong,tak pun ais kosong,tak pum kurangkan manis dlm minuman. Bila dah ok ni.tarikh BSP akan datang adalah pada 12/8/2015.

Tarikh jangkaan untuk kelahiran adalah pada 23/1/2015. In sha Allah, mudah-mudahan semua berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment