Malang Nasibku
Semalam 15/1/2012 lebih kurang jam 2.15 petang sewaktu membetulkan kertas yang di tampal di kelas, saya terjatuh daripada kerusi. Dan tanpa sempat mengelak, saya terjatuh terus ke lantai. kepala terhantuk ke lantai, gelap juga mata sekejap, sempat mengucap.Nasib baik ada buddy sekelas yang memanggil saya, kalau tak tentu saya pengsan.
Kawan kelas sebelah ingatkan ada barang jatuh sebab kuat bunyinya. maklumlah, sayakan 'kecil' orangnya. Sebelum kelas bermula jam 2.30 petang, kawan-kawan nasihatkan saya segera ke RSAT (rumah sakit anggota tentera-digunapakai dalam PLKN). Saya dengar nasihat mereka dan maklumkan kepada TKJ (timbalan ketua jurulatih) tentang kejadian dan terus ke RSAT. KJ(ketua jurulatih) pada masa itu sedang ambil baris pelatih untuk ke kelas.
Jururawat dan MA yang memeriksa saya beritahu benjolan di kepala saya meloma (sebutannya begitu,ejaan tak pasti).Benjol tu ada kesan bintik-bintik darah. Saya agak saiz bengkak selebar donut kecil. Pemeriksaan telinga juga dibuat kerana telinga sebelah kanan saya sakit. Semasa jatuh saya jatuh sebelah kanan badan. Saya diberikan suntikan ubat tahan sakit dan dinasihatkan berehat.Berdenyut-denyut benjol tu semasa saya rehat.
Terharu rasanya sebab kawan-kawan semua menjenguk saya selepas kelas di bilik.Masa tu saya dah bersiap nak balik ke rumah. Dan seorang kawan saya beritahu semasa dia di muka pintu dia boleh nampak benjolan di kepala saya walaupun saya sudah memakai tudung. Itu pun dah kurang bengkak tu.
Malam tadi saya tidur awal sebab nak rehat.Dan hari ini saya EL kerana sakit bahagia leher,bahu.pinggang terus ke ari-ari. Dan yang peliknya,bukan sakit di ahagian kanan,tapi di bahagian kiri badan. Tadi ma tolong urutkan. Lega sikit rasanya.
Sejarah tahun baru 2013 iye........
Bengkel Fasilitator Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti.
Pukul 11 malam tadi baru sampai ke rumah sebab baru habis bengkel di Pulau Langkawi.
Dalam kereta kabel
Hentian pertama kereta kabel
Cantik pemandangan...................
ini antara team fasilitator KN.